Asas Kembara 2013

Definisi Ikatan & Simpulan


·         Simpulan dan ikatan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di kesan, siapakah yamg mula-mula menggunakan simpulan dan ikatan ini. Dipercayai penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan 
     kegiatan luar. 


Jenis-jenis ikatan :



i.Simpulan(knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya. Digunakanpada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan seperti buku sila, tindihkasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.

 ii.Ikatan(lashing) 
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh ikatan seperti ikatan seraya,ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit balak

  iii.Sambat(splicing) 
Sambat digunakan untuk menyambung dua tali dan membuat sesuatu peralatan.Menyambung dua tali dengan menggunakan sambat adalah baik dan selamat semasadigunakan. Contoh sambat seperti sambat balik, sambat pendek dan sambat mata.

 iv.Mematikan hujung tali(whipping) 
 Seseorang pengakap tidak menggunakan tali sebelum tali itu di matikan. Ia bertujuansupaya tali tidak terburai di hujungnya. Contoh ikatan seperti lilit pemati biasa, lilitpemati selit dan sambat balik. 






















Categories: