Asas Kembara 2013


KAYAK

Sejenis kenderaan air yang mempunyai geladak tertutup, menggunakan dua bilah mata dayung dan di dayung secara duduk berlunjur. Contoh kayak ialah kenderaan air yang digunakan oleh orang Eskimo.


PERBEZAAN KENU DAN KAYAK


Kenu merangkumi semua aktiviti air yang melibatkan penggunaan kenderaan atau alatanyang menjadikan air sebagai medium utamanya serta digerakkan dengan menggunakan teknikdayungan ataupun bantuan tenaga alam. Kayak pula merupakan pecahan daripada keluarga kenu.


BAHAGIAN-BAHAGIAN KAYAK




PENDAYUNG

BAHAGIAN PENDAYUNG

Blade (Bilah mata dayung)
Blade merupakan kepingan yang berada pada hujung batang dayung. Ia berfungsi untuk mangaut seberapa banyak air bagi menghasilkan pergerakan kayak. 

Shaft / Loom / Bar (Batang tengah Pendayung)
Berbentuk bulat dan lurus. Ini merupakan bahagian pemegang pendayung.


Drip Ring (bulatan Getah)
Bahan yang diperbuat daripada plastik atau getah dan terletak berhampiran dengan Neck. Fungsinya sebagai menghalang air dari blade mengalir ke shaft dan membasahi tangan pendayung. Tidak semua pendayung mempunyai Drip Ring.


Neck (leher Pendayung)
Bahagian yang bercantum antara blade dan shaft.


Tip (pelindung mata dayung)
Kepingan logamyang berada di hujung mata dayung. Sesetengah dayung tidak mempunyai logam. Fungsinya untuk melindungi mata dayung (blade) daripada kerosakan akibat hentakan.


Front Of Blade (Permukaan Dayung)
Bahagian hadapan bilah dayung yang berbentuk cekung dan berfungsi untuk mengaut air.


Back of Balde (Belakang Dayung)
Bahagian belakang muka dayung. Berbentuk cembung untuk memberi sokongan yang kuat kepada mata dayung. 






 JAKET APUNGAN KESELAMATAN



Dipakai dibahagian badan bagi tujuan mengapungkan si pemakai apabila berada di dalam air. Merupakan bahagian yang penting sekali dalam membuat aktiviti berasaskan air. Tak kira anda bijak atau cekap dalam berenang, anda diwajibkan memakai Jaket ini apabila berada di air.















Categories: